
Augmentasi Realiti (AR)
PENGENALAN TEKNOLOGI AUGMENTASI REALITI (AR)
​
Secara umumnya, konsep Augmentasi Realiti atau AR ialah dengan menambah/mengubah suasana sekeliling dalam dunia sebenar kepada bentuk digital dengan memasukkan objek maya ke dalam dunia sebenar. Dalam erti kata mudah, ianya merupakan integrasi antara maklumat digital dengan dunia sebenar. AR berfungsi dengan melapiskan (Overlay) maklumat digital kepada dunia sebenar.
AR boleh dilihat melalui pelbagai medium antaranya paparan 3D, Browser AR mahupun melalui aplikasi permainan masa kini.
Kesimpulannya, dgn teknologi AR, ia berpotensi membawa elemen dunia maya kepada dunia sebenar bagi meningkatkan dan menambahbaik pengalaman & persepsi kita melihat, mendengar dan merasai realiti
​
KEGUNAAN TEKNOLOGI AR PADA MASA KINI
​
Terdapat pelbagai kegunaan AR di dalam pasaran masa kini antaranya dalam bidang kesihatan dan pengamal perubatan, meningkatkan jualan produk digital, membantu dalam bidang navigasi & rekacipta kerana AR berguna untuk membayangkan objek yang tiada di dalam bilik/ruang berkenaan bagi menghasilkan suatu pengalaman yang lebih mendalam & nyata kepada pengguna.
Dengan adanya teknologi AR ini, ianya bukan sahaja dapat membantu dalam aktiviti seharian pengguna malah AR juga berupaya membantu para doktor dalam bidang perubatan. Bermula daripada rawatan susulan sehinggalah kepada prosedur pembedahan yang kompleks. Dengan AR ianya bukan sahaja dalam memberi impak besar kepada golongan professional dalam bidang perubatan malahan kebaikan untuk pesakit.
Teknologi AR mampu mengakses rekod terdahulu pesakit serta merta, mendapatkan gambaran sebenar tentang status pesakit dan maklumat terperinci pesakit tanpa perlu doktor mengakses kepada komputer mahupun membuka fail mahupun buku log. Ini bukan sahaja memudahkan kerja malah mempercepatkan proses pesakit mendapatkan rawatan daripada doctor.
Dalam prosedur pembedahan pula, dengan menggunakan teknologi AR, doktor bukan sahaja boleh mendapatkan paparan jelas mengenai senarai alatan untuk pembedahan, maklumat umum berkenaan pesakit, akses kepada rekod pesakit, panduan pembedahan, merekod sesi pembedahan malah teknologi ini juga berupaya menghasilkan gambaran jelas (scanning, zoom atau projected image) untuk mengenalpasti bahagian organ yang berisiko /berkaitan dengan pembedahan tanpa perlu membuka komputer. Ini pastinya dapat membantu para doktor menjalankan rawatan/pembedahan disamping mengurangkan risiko serta meningkatkan kualiti rawatan menjadi lebih baik dan efektif.
​
TERDAPAT EMPAT KATEGORI AUGMENTASI REALITI (AR)
Marker Based AR
Juga dikenali Image Recognition, ia menggunakan kamera dan penanda visual seperti QR/Kod 2D bagi menghasilkan gambaran apabila kod diimbas oleh pengguna. Kamera daripada peranti digunakan untuk mengenalpasti kod-kod yang berbeza daripada objek yang berlainan.
2. Markerless AR
Juga dikenali berasaskan lokasi (location-based), berasaskan kedudukan (position-based) atau GPS. AR menggunakan GPS, kompas digital, meter halaju atau pecutan bagi mendapatkan data lokasi/kedudukan sebenar pengguna. Ianya digunakan untuk pemetaan arah, mencari kawasan berhampiran, dan aplikasi dalam peranti yang menggunakan lokasi.
3. Projection Based AR
Menghalakan cahaya ke permukaan dunia sebenar. Ianya membenarkan pengguna menyentuh cahaya berkenaan di permukaan sahaja seterusnya teknologi AR akan bertindakbalas dengan sentuhan pengguna tersebut untuk berfungsi.
4. Superimposition Based AR
Menggantikan paparan sebenar sesuatu ruang dengan paparan penambahan objek yang baru. Kenalpastian objek penting di dalam aplikasi ini kerana aplikasi ini tidak berupaya menghasilkan pertukaran objek sekiranya ianya tidak boleh mengenalpasti objek tersebut. Contoh paling menarik di dalam apps ini adalah katalog perabot IKEA. Dengan muat turun app dan imbas muka surat tertentu di dalam katalog tersebut, pengguna boleh mengubahsuai perabot maya tersebut di mana-mana ruang kawasan rumah terlebih dahulu sebelum membelinya.
​
​
​

Sejarah
Augmentasi Reality
SEJARAH AUGMENTASI REALITI (AR)
​
Pada tahun 1957, Mortin Heilig dianggap sebagai ‘Father of Virtual’ kerana beliau berjaya menghasilkan sensorama iaitu teater kecil yang menstimulasi semua deria. Ianya menggunakan gambaran 3D, kipas angin, generator bau dan kerusi bergetar sehingga penonton mampu menikmati filem dengan pengalaman yang nyata. Heilig turut mencipta Telesphere Mask dan Head-Mounted Display (HMD) sebagai medium menonton filem tanpa perlu melakukan pergerakan. Headset berkenaan memaparkan pemandangan 3D menjadikan paparan filem itu seolah-olah seperti nyata di hadapan penggunanya. Pada tahun berikutnya, Technician Philco Corporation berjaya mencipta VR yang berupaya mengesan pergerakan. Pada tahun 1968, Ivan Sutherland Professor di Havard University bersama anak muridnya Bob Sproull berjaya mencipta VR/AR dengan system HMD dan alat tersebut dinamakan ‘Sword of Democles’. Sejak itu terdapat pelbagai penemuan dan penciptaan oleh ilmuwan sehingga ke hari ini.
Cadangan Dalam Pergunaan Harian Di Tempat Kerja.
Augmentasi Realiti (AR) bagus jika di peratikan dalam kerja seharian kita, Malah lagi menyenangkan dan memudahkan kerja seharian kita.
Contoh;
cadangkan AR code di setiap dewan kuliah dan makmal.
dengan menggunakan AR di setiap kelas dan makmal. Pelajar hanya perlu scan bar code untuk mengetahui setiap kelas yang di jalankan di dewan kuliah atau makmal.
Dengan menggunakan AR,tiada lagi pertindihan kuliah dan memudahkan pelajar sendiri mengatur perjalanan serta masa sendiri tanpa berurusan dengan staf atau pengajar.
​
Augmentasi Realiti (AR) boleh juga di cadangkan di gunakan di dalam muzium anatomi universiti.
Contohnya;
pelajar tidak perlu lagi membuat ulangkaji yang berat,maksudny tidak perlu membawa buku rujukan yang banyak dan berat malah tidak perlu meminjam dari perpustakaan atau kawan.Dengan AR, pelajar hanya perlu menggunakan telefon android yang mengadungi aplikasi entiti.
Pelajar hanya perlu scan pada setiap part atau bahagian anatomi tersebut.semua info akan terpapar pada screen hp dan semua maklumat boleh didapati.
Dengan menggunakan AR ini, pelajar lagi senang dan boleh memberi dorongan untuk membuat ulangkaji dan minat terhadap matapelajaran tersebut.
Dengan mengguanakan AR ini juga boleh menarik minat pengunjung untuk datang melawat muzium anatomi universitI.



