top of page

VIRTUAL REALITI (VR)

PENGENALAN TEKNOLOGI VIRTUAL REALITI (VR)

​

Merupakan satu gambaran 3D yang nyata, atau suasana sekeliling yang seolah-olah benar yang dihasilkan dengan kepelbagaian perkakasan dan perisian interaktif bagi menghasilkan satu pengalaman yang seakan nyata kepada pengguna.

Biasanya, pengguna akan merasakan seakan-akan nyata dan ini bermaksud teknologi VR mampu mensimulasikan suasana sebenar pengguna contohnya berjalan sekitar kota London, atau menembak makhluk asing melalui dunia maya.

Bagi merasai pengalaman yang nyata, pengguna perlu memakai head-mounted display (HMD) dan dengan bantuan alat tersebut, pengguna mampu menikmati pengalaman dan suasana yang diinginkan dengan lebih jelas. Selain tu pengguna juga dibekalkan dengan pengesan pergerakan (motion tracker) bagi memudahkan teknologi mengenalpasti pergerakan pengguna. Dengan menggunakan kepelbagaian deria dan sensor, pengalaman menggunakan teknologi VR mampu menghasilkan satu perasaan seolah-oleh benar-benar berada di dalam alam nyata.

​

TERDAPAT 3 KATEGORI VIRTUAL REALITI (VR)

1. Non-immersive

Suatu pengalaman yang tidak begitu mendalam, hanya sebahagian deria pengguna disimulasikan. Pengguna perlu masuk ke portal/tetingkap 3D suasana virtual menggunakan monitor yang beresolusi tinggi bagi mengalami pengalaman virtual reality sebenar.

2. Semi-immersive

Menawarkan suatu pengalaman yang lebih mendalam berbanding non-immerse, dimana hanya sebahagian sahaja dan tidak sepenuhnya disimulasikan ke dalam suasana virtual. Teknologi ini kebanyakannya digunakan bagi simulasi penerbangan yang disokong oleh system grafik komputer yang berkemampuan tinggi, dimana ianya mampu memaparkan gambaran yang lebih baik bagi membantu paparan yang lebih jelas dan nyata.

3. Fully-immersive

Suatu pengalaman Teknologi VR yang terkini dan paling canggih. Bagi merasai pengalaman fully-immersive, pengguna perlu menggunakan HMD dan alat pengesan pergerakan bagi mendapatkan pengalaman yang seolah-olah dan hampir nyata. Fully immersive akan memberikan paparan yang sangat jelas gambaran kawasan sekeliling untuk dirasai sendiri oleh para pengguna yang mencubanya.

​

KEGUNAAN TEKNOLOGI VIRTUAL REALITI (VR)

​

Pada masa kini terdapat pelbagai bidang yang memanfaatkan teknologi VR ini contohnya latihan penerbangan. Bermula dari penerbangan kapal terbang komersial sehinggalah latihan bagi situasi penerbangan malam yang berbahaya. Ini pastinya memberi seolah-olah pengalaman sebenar kepada para pelatih dalam menghadapi situasi yang tidak dijangka sewaktu penerbangan yang sebenar. Penerbangan dalam latihan ketenteraan juga turut menggunakan aplikasi teknologi VR bagi memberi peluang kepada para tentera merasai pengalaman perang yang sebenar sebelum berhadapan dengan musuh dan situasi yang boleh mengancam nyawa.

​

VR4.gif

SEJARAH VIRTUAL REALITI (VR)

SEJARAH VIRTUAL REALITI

  • Pada tahun 1957, Morton Heilig seorang sinematografer telah mencipta dan mempaten sebuah simulator dengan visual, getaran dan bau yang dipanggil sensorama.

  • Ivan Sutherland telah menemukan head-mounted display (jendela ke dunia virtual) pada tahun 1966.

  • Virtual reality dan bisnes komersial di dunia maya diperkenalkan buat pertama kalinya oleh Jaron Lanier pada tahun 1989.

  • Pada tahun 1999, Horikazu Kato telah mengembangkan ArToolkit di HITLab dan didemonstrasikan di SIGGRAPH.

  • Bruce H. Thomas telah mengembangkan ARQuake sebuah mobile game AR pada tahun 2000.

  • Wikitude AR Travel Guide telah memperkenalkan android G1 Telefon berteknologi AR pada tahun 2008.

  • Pada tahun 2010, Acrossair menggunkan teknologi AR pada Iphone 3GS.

simulasi.jpg

Cadangan Pergunaan Vitual Reality Di Tempat Kerja.

Dengan pembangunan pesat teknologi terkini,perggunaan virtual realiti (VR) boleh di cadangankan dalam kerja harian kita.
Contohnya;
Di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia,pelajar medik atau ijazah kedoktoran perlu menjalani military medicine yang perlu pelajar mengunjung kem-kem askar di keluang dan menjalani situasi menyelamat dalam keadaan berada dalam suasana medan perang dan perlu membuat pembedahan atau kecemasan .
Dengan mengunakan virtual realiti (VR) ini,pelajar-pelajar tidak perlu lagi mengunjungi kem-kem askar tersebut malah tidak perlu berada dalam situasi simulasi perang.hanya mengunakan VR ini pelajar tersebut boleh mengalami situasi sebenar dan gambaran medan perang itu.serta boleh menjalankan  prosedur operation dan kecemasan menggunakan VR.Dengan menggunakan VR ini universiti boleh menjimatkan kos pengakutan serta belanja universiti

bottom of page