top of page
dr sharizal.jpg

TEKNOLOGI MAKLUMAT

Prof Madya Dr Mohd Shahrizal B Sunar adalah pensyarah dan pembimbing bagi subjek Teknologi Maklumat. Website ini terbina dari tunjuk ajar beliau. Pembelajaran kali ini menerangkan kepada peserta tentang kemahiran teknologi yang banyak membantu dalam tugasan harian kita. Dalam modul ini, peserta didedahkan dengan banyak pekara baru seperti Gmail, Google Drive, Google Hangouts, Google Kalendar, Maps dan Google Documents. Peserta juga didedahkan dengan Etika Profesional di alam maya. Melalui topik ini, peserta mempelajari etika-etika yang perlu dipraktikkan semasa melayari internet di mana ianya menekankan isu hak pemilikan dan hak cipta,keselamatan dari ancaman virus seperti trojan dan worm serta salah laku dan pengodaman laman web dari penggodam di alam maya.Pelajar turut didedahkan dengan penggunaan akaun google untuk membuka Website secara persendirian dan penggunaan akaun facebook,twitter dan email.Peserta di ajar untuk mengaitkan antara satu teknologi dengan teknologi lain seperti untuk memuat turun dokumen dalam bentuk link. Penilaian untuk subjek Teknologi Maklumat adalah berdasarkan tugasan yang perlu dihantar melalui website.

​

Aplikasi ini meliputi aplikasi web yang terkenal Google antaranya termasuk :

​

  • Gmail - Gmail adalah singkatan bagi perkataan Google Mail. Gmail adalah surat elektronik yang disediakan oleh Google.

  • Google Drive - Berfugsi sebagai tempat penyimpanan secara online. Data boleh diakses dan dikongsi dimana-mana sahaja dengan menggunakan komputer riba, tablet, smartphone dan juga telefon mudah alih dengan menggunakan Google Drive ini.

  • Google Hangouts - Adalah sebuah platform komunikasi yang dikembangkan oleh Google merangkumi layanan video chat antara pengguna yang lain. 

  • Google Kalender - Aplikasi ini membolehkan kita membuat kalendar peribadi atau publik di internet setelah berdaftar dengan akaun google.

  • Maps - Google maps adalah aplikasi pemetaan web yang dikembangkan oleh Google. Aplikasi ini memberikan gambaran satelit, peta jalan, pelan lokasi dan lain-lain.

  • Google Documents - Satu aplikasi yang digunakan untuk  keperluan pengurusan dokumen khususnya aplikasi office. Kita boleh berkongsi dokumen dan boleh diakses dimana-mana sahaja. 


Garis Panduan Media Sosial

Media sosial telah mengubah cara berkomunikasi – sebagai ahli dalam sebuah institusi dan sebagai individu. Media sosial juga telah memberi peluang bagi Universiti dalam mencapai dan berhubung dengan pelajar, pensyarah, staf, ibubapa, alumni, rakan serta komuniti dalam dan luar negara.

Penggunaan meluas media sosial di sektor awam termasuklah di UTM, tidak disekat penggunaannya. Namun ia perlu dikawal dan ditetapkan had-had dan batas yang amat perlu difahami oleh setiap warga Universiti dalam penggunaan seharian.

Setiap jabatan di UTM adalah digalakkan untuk mempunyai laman rasmi media sosial sendiri bagi memastikan hebahan dan hubungan yang telus dengan warga universiti dan masyarakat. Walaubagaimanapun, bagi menjaga reputasi dan nama baik insititusi ini, setiap perkara yang dikongsikan perlulah sentiasa mengikuti garis panduan .

​


​

Notebook & Pad

LAWATAN KE MAGICX

The Fourth Industrial Revolution

bottom of page